Hari ni ada nak share sikit sebagai peringatan kita sebagai hamba Allah SWT. Sebenarnya aku pun tak tahu pasal nasihat kubur ni. Mujurlah kawan aku kat fb post pasal 7 nasihat kubur yang mampu menaikkan bulu roma aku... Jeng3 !
So, ilmu walaupun sedikit apa salahnya kalau kita share. Boleh ke tidak??? So, meh kita berkenalan dengan 7 nasihat tersebut.... Sebelum aku masuk ke tujuan sebenarnya, meh perati sat gambar ni...
Inilah tempat yang akan kita berkunjung selepas nyawa berpisah dengan badan...
Tudiahhhhhh!!!! 120cm di bawah tanah...
Ya Allah! Memang seram... Tapi, janganlah kita risau sebab Islam itu agama yang syumul dan mudah. Setiap masalah ada caranya. Jadi, dengan amalan yang kita lakukan di dunia mampu membantu kita di alam bakhzah mahupun di akhirat nanti. Nampak tak? Allah sayang gila kat kita!!!
Jadi, 7 nasihat kubur ni menerangkan apa yang akan berlaku di dalam kubur nanti dan cara bagi umat Islam untuk selamat dari seksaannya.
7 Nasihat Kubur
1. Aku adalah tempat yang paling gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.
2. Aku yang menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat, maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
3. Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskan aku dengan berSILATURRAHIM.
4. Aku tempat yang menjijikkan adanya binatang, maka racunilah aku dengan amal SEDEKAH.
5. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
6. Aku adalah tempat MUNKAR dan NAKIR bertanya maka persiapkanlah jawapanmu dengan memperbanyakkan mengucapkan kalimah LA ILLA HA ILLALAH.
7. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan memperbanyakkan membaca AL-QURAN.
That's all!!! 7 cara ja yang dapat selamatkan kita daripada azab kubur. So, apa tunggu lagi. Moh ler kita berubah! Jom pakat-pakat buat 7 cara ni... InsyaAllah, selamat daripada segala kesakitan yang telah dijanjikan kepada orang yang melanggarkan perintah Allah SWT.
~JOM~ ^-^
.jpg)
.jpg)
.jpg)




Banyak nasihat dari kematian.
ReplyDelete