Monday, 5 May 2014
IV Tunas Potensi 2014
Assalamualaikum...
Seminggu selepas kepulangan aku dari Shah Alam... Bhahaha... Pengalaman paling mengeronokkan. Bukan seronok tapi beronok-ronok! Aku pi interview kat KL Sentral ngan sepupu aku, Sur. Malam jumaat kami naik bas pi Shah Alam rumah makdak aku. Memandangkan hari interview aku hari ahad, so aku boleh dok relax sambil prepare apa yang aku nak jawab nanti.
Aku yang macam pembunuh bersiri kena soal siasat dengan pakdak aku pasal course yang aku nak ambik nanti. Sebenarnya, aku memang nak bidang pergigian tapi biasiswa tajaan YPPB ni tak taja bidang tu. Yang ada pun optometri, forensic and etc. Aku punya konfius last-last aku pilih la opto. Teringin jugak aku nak jadi macam Prof.Muhaya... TETAPI!!! Ha...ni yang aku nak cita ni. Rupanya, bidang optometri ni bidang pakar yang buat spec mata ngan contact lens. Kalau nak jadi macam Prof. Muhaya tu kena ambik bidang pakar mata. Bukan PAKAR SPEC MATA. Aiseyman...
Aku yang tergaru-garu cuba menyedapkan hati. Last-last, aku anggap ja la iv ni untuk aku cari pengalaman sebabkan aku memang betul-betul nak jadi doktor gigi. Esok, dalam pukul 7 lebih kami bertolak la pi KL Sentral. Sampai kat Bangunan UEM, aku terus pi ke Tingkat 7.
Ni la mercu UEM... dekat dengan KL Sentral...
Tetiba, cousin aku ni menjerit.
"Anis! Henset aku kat dalam keta!"
Aku yang terkejut tahap malaun pun tanya. "Ang letak kat mana? Meh sini aku tepon makdak suruh patah balik ambik henset ang. Ang... macam mana boleh tinggai."
" Aku tinggai kat pintu keta tu. Kat dalam lubang tu. Adoi, macam mana boleh lupa. Eh, takpayah! Aku just nak dengar lagu ja guna henset tu. Takpa-takpa. Bekpi la..."
" Loh, kalau nak... aku tepon makdak. Ka... ang pinjam henset aku dulu."
" Takpa..."
" Eh , aku habis pukul 2 satgi. Lama tu... kesian kat ang. Satgi boring tunggu aku."
" Takpa..."
Adeh, kesian sangat aih... Elok, aku daftar... Aku dapat nombor giliran 453... Pergh, calon yang dekat-dekat akhir. Lagi lama la Sur kena tunggu aku. Lepas ambik tempat, kami dapat satu fail. Fail tu kita kena isi pasal diri kita la. No. IC and banyak lagi la. Lepas tu, baru la bermula exam.
Exam dia cukup senang. SENANG BAQ ANG. TAPI... ha... ada tapi.... ada 5 sections question. First section tu, senang tapi ada 60 soalan kena jawab dalam masa 3 minit. 60 soalan, 3 minit... Nampak tak? Ha... tu la cabaran dia. Soalan dia don't worry la. Kanak-kanak Ribena pun boleh jawab. Cuma masalah dia sekarang MASA!!!
Section satu sampai dua, soalan berkaitan alphabet. Section 3 sampai 4 pulak berkaitan dengan nombor. Then, section 5 pasai rotation. Semua soalan objective. So, don't worry. Lepas habis and rehat, kami masuk balik dalam dewan tu. Then, iv pun bermula. Ada banyak interviewers dan dia akan panggil kita untuk di interview. Seorang pelajar dapat seorang interviewer. So, pelajar yang selebihnya yang belum dipanggil untuk diinterview kena jawab soalan esei. Ada dua soalan esei and kita kena pilih. Aku pilih soalan satu. Dalam english soalan dia, then kita pun kena jawab dalam bahasa Inggeris. Nama pun essay. Aku buat soalan 1 pasai 'Apa perubahan yang akan kita lakukan untuk berubah ke arah positif '.
Lepas puas aku meluahkan idea-idea aku kat dalam kertas tu, aku prepare untuk interview pulak. Sempat jugak aku curi pandang kat bebudak yang kena interview kat depan. Ada yang speaking, ada yang berbahasa Melayu. Aku punya berdoa la mintak-mintak dia tanya dalam bahasa Melayu. Ada yang dah habis interview kena buat essay pulak baru boleh balik.
" Ok, sapa yang nak diinterview boleh datang ke tempat yang kosong. Tak kiralah nombor 560 ke apa ke... Boleh terus interview. Sapa yang nak buat esei dulu, silakan dan prepare untuk interview pulak." arah kakak sorang tu.
Aku pun usya interviewer botak tu sebab dia guna bahasa Melayu. Aku pun target nak pi interview kat dia. Last-last, akak sorang tu suruh aku pi kat interviewer hat perempuan yang macam chinese-looked tu. memandangkan aku yang dah habis jawab esei daripada bebudak yang ada kat line aku tu, aku pun bangun la dan terus ke interviewer tu. Siap aku berselawat lagi sebab aku takot dan nervous tahap gaban.
" Have a seat..."
" Thank you." aku jawab sambil duduk atas kerusi. Sempat aku tengok abang botak yang tengah interview budak laki tu.
Lepas dia check aku punya document, dia tanya aku pasai family, mak aku kerja apa memandangkan ayah aku dah meninggal dunia. Abang n kakak aku buat apa? Rumah bentuk macam mana? Ada internet tak kat rumah? Astro? Macam-macam and the most important is all in english!!!! Nampak tak???
Jangan terkejut tau kalau dia tanya nombor plat kereta and motor. Dia ada mintak aku berpantun sebab aku wakil Kedah ke peringkat kebangsaan tahun lepas. Aku ingat lagi dia tanya aku, kalau aku tak dapat bidang opto, forensic (pilihan ke-2) or bidang-bidang yang lain... apa yang aku nak buat? Aku punya fikir last-last jawapan aku.
" I'll getting married."
Dia punya tergelak terbahak-bahak. Aku yang terkejut pun join sekali dia gelak.
" So, you have calon!"
Aku punya menggeleng-geleng...
Dia tanya aku apa yang aku nak cakap pasal scholarship ni...
So, aku cakaplah.
" I really need this scholarship because its can help me to futher my study. Actually, I come from a poor family. My father was passed away when I was 13 years old. Every month, my mom who is getting her own work earns RM500 as her salary. Fortunately, my brothers and sister also help her to support my family. So, I didn't want to burden them. That's why I apply this scholarship so that I'll not thinking the financial problem when I studying."
Entah betul entah tidak grammar aku tu. Lastly, dia ucapkan good luck and dia kan pertimbangkan permohonan aku. InsyaALLAH, aku tunggu keputusannya dan aku akan terima. Tak kisah la dapat or tak dapat... Janji aku dapat experience..
Then, aku keluar dari dewan jumpa Sur.
Paling lawak gilaaaa, kami sesattttttt!!!!!!!! Kononnya nak pi Time Square... Dari KL Sentral kami naik bas pergi Pasar Seni ka? Aku pun lupa. Monorel rosak. Tu yang kami naik bas. Sampai kat sana berjalan kaki pi Plaza Rakyat... Pening lalat!!!!!! Serious, KL memang BUSY!!! Aku yang berpeluh sebabkan pakai baju kurung gagahkan jugak nak naik bas untuk balik Shah Alam balik. Adussssssssssss.... Last-last, kami naik teksi. Nah! Sorang RM30... so total RM60...
Pasar Seni... *-*
Serious, memang satu pengalaman. Bahkan bukan satu ja tapi banyak pengalaman yang aku dapat. Alhamdulillah, cukup la bagi aku sebab this is time for me untuk keluar dari alam kampung aku. Haish, pening jugak la tengok bangunan sana sini... Kat kampung ada jugak la bangunan tapi tak banyak macam KL...
Mujurlah Allah selamatkan kami. Kalau tak mau tak jadi mangsa tut.... seperti mangsa ragut or etc. Adeh... Tu yang paling aku takottt... Heehaa.. ^-^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment